Fadhilat Surah Al-Mulk
1. Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda : ''Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk ''(Tabaarakal-Lazi).''
2. Daripada Anas Ibnu Malik berkata : Nabi Muhammad SAW telah bersabda : '' Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali '' Tabaarakal-Lazi''. Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah SWT. Dan mintalah shafaat daripadaNya. Maka diapun (surah) menemui Allah SWT. Dan berkata : ''Wahai Tuhanku, si fulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabMu. Dan Allah SWT berfirman : ''Aku nampak kamu marah.'' Dia menjawab (surah) : Sesungguhnya saya marah. Allah SWT berfirman : "Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat keatasnya."
Nabi SAW bersabda : "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati.
Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya. Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian."
Anas berkata : "Apabila Nabi SAW khabarkan hadis ini maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi SAW memanggil surah ini Al-Munjinah : iaitu yang menyelamatkan."
(HR. Ibnu Katsir)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata : "Rasulullah SAW telah bersabda : Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga. Iaitu (تبارك الذي)
(HR. Riwayat At-Tabarani)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam(habis) maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : "Wahai Rasulullah SAW sayadirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam(habis)." Nabi SAW bersabda itulah yang menahan (المانعة) yang menahan dia (المنجية) daripada seksaan kubur.
(HR. At-Tarmizi)
Daripada Jabir r.a sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur sehingga baginda menbaca Alif Laam Mim, Al-Sajadah dan Al-Mulk.
(HR.At-Tarmizi)
Dan Lais berkata daripada Thawun bahawa kelebihan dua surah ini 70 kali lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam Al-Quran.
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata : " adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan!"
Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada siksaan kubur.
Dan Nabi SAW bersabda : "Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku."
(HR. Ibnu Katsir)
Saiyidina ‘Ali berkata: "Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Kelebihan Ayat Dari Surah Al-Mulk
.
1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٤
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.
2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.
note: bacalah & sebarkan serta amalkan tiap-tiap malam agar ia menjadi manfaat & berguna kepada kamu di kemudian hari
#surahpilihan #surahalmulk #kelebihansurahalmulk #kelebihan #kebaikansurahalmulk #amalan #kelebihanayat #amalannabi #sunnah #sunah #30ayat #manfaat
#surahpilihan #surahalmulk #kelebihansurahalmulk #kelebihan #kebaikansurahalmulk #amalan #kelebihanayat #amalannabi #sunnah #sunah #30ayat #manfaat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan